"MEMBINA DAN MEMIMPIN TAMADUN KHAYRA UMMAH "

Thursday, October 21, 2010

ABIM SERDANG MEMUJI BAJET 2011 MALAYSIA

ABIM Serdang memuji Bajet 2011 Malaysia dengan menaikkan elaun imam dan peruntukan RM 70 juta untuk mengatasi masalah sosial. Bajet tahun 2011 mencerminkan semangat 1 Malaysia seperti yang dikehendaki semua lapisan masyarakat. Tahniah dan syabas khasnya kepada YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di atas usaha gigih yang diterajui oleh beliau.

KHAIRUL HAMZANI BIN HJ HAMID
YDP ABIM SERDANG

Tuesday, February 10, 2009

TAKZIAH

ABIM Daerah Serdang merakam ucapan takziah buat Sdr Ahmad Saparudin sekeluarga di atas kematian anak ketiga beliau iaitu adik Farhana usia 4 bulan pada Isnin jam 6 petang 9/2/2009. ABIM Daerah Serdang mendoakan kesejahteraan kepada seluruh keluarga beliau dan berdoa agar beliau diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini. Sdr Ahmad Saparudin yang juga Exco ABIM Pusat sangat komited dalam memberikan sumbangan tenaga dan idea dalam menjayakan gerak kerja dakwah khasnya di Serdang.

KHAIRUL HAMZANI BIN HJ HAMID
Yang Dipertua
ABIM Daerah Serdang